Nama Program: Pesta Ponggal Bersempena Tahun Melawat Sepang 2020
Tarikh: 01 Februari 2020
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Padang Taman Murni Sepang
Dirasmikan Oleh: Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia

Pada 01 Februari 2020 yang lalu bertempat di Padang Taman Murni Sepang, MPSepang telah menganjurkan perayaan Pesta Ponggal bersempena dengan Tahun Melawat Sepang 2020. Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan turut dihadiri oleh yang Berhormat Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Dan Pembangunan Sosio Ekonomi Dan Kerajaan Prihatin. Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Kabadi, pertandingan panjat tiang licin, pertandingan Uri Adi dan lain-lain acara. Program ini berjaya mengumpulkan anggaran penyertaan seramai 2000 orang.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.