KipMall Kota Warisan merupakan pusat beli belah yang utama di Kawasan Kota Warisan.

Menempatkan lebih daripada 80 vendor yang menawarkan pelbagai barangan berstatus tempatan daripada fesyen, makanan, gajet sehinggalah kepada barangan runcit. Untuk memenuhi keperluan keluarga, KipMall turut menyediakan satu gelangang sukan luncur ais untuk kanak-kanak sebagai pelengkap kepada aktiviti membeli belah.

KipMall Kota Warisan terletak di dalam pusat bandar Kota Warisan iaitu 7km daripada Pekan Dengkil. KipMall Kota Warisan boleh diakses melalui Jalan Persekutuan (29) dan perkhidmatan ERL di Stesen Salak Tinggi.  Dari stesen ERL, mengambil masa sekitar 5 minit berkenderaan untuk sampai ke Tarikan

Tawaran Aktiviti

KipMall Kota Warisan menawarkan tiga aktiviti utama seperti berikut:

  • Beli belah
  • Menikmati pelbagai jenis makanan
  • Luncur ais (kanak-kanak)

Tawaran Pakej

KipMall Kota Warisan belum menawarkan sebarang pakej.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.