DISKRIPSI TARIKAN

Aqua X Water Sport Village merupakan perkampungan sukan berasaskan air pertama di Malaysia. Menawarkan pelbagai sukan lasak dan separa lasak yang sesuai untuk semua golongan sasaran terutama kepada belia.

Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan direka bentuk untuk menguji ketahanan minda dan fizikal peserta dengan halangan-halangan semulajadi pantai dan laut.

Antara aktiviti yang paling mencabar adalah Flying Fish, Sailing Adventure Bungee, ATV ride dan banyak lagi pada kualiti yang setaraf dengan prestij rakan pengusahanya iaitu Sepang Gold Coast Sdn Bhd.

Aqua X Water Sports Village terletak di kawasan resort Avani Gold Coast, Bagan Lalang. Pintu masuk utama adalah melalui Sg. Pelek dan Tg. Sepat melalui jalan persekutuan (5) Sepang-Tg. Sepat. Dari Pekan Sg. Pelek mengambil masa sekitar 11 minit perjalanan menghala ke Tg Sepat untuk sampai ke Avani Gold Coast kemudian ke Aqua X Water Sports Village

Aktiviti

Aqua X Water Sports Village menawarkan dua aktiviti utama seperti berikut.

  • Sukan Lasak Air (Flying Fish, Jet Sk Rides, Banana Boat)
  • Sukan Lasak Darat (All Terrain Vehicle, Hydra Gel Blast)

Pakej

Aqua X Water Sports Village juga menawarkan pakej-pakej seperti berikut.

  • Pakej 1: RM70 (Merasai keseronokan sukan air tanpa sempadan)
  • Pakej 2: RM70 (Merasai pengalaman menunggang ATV selama 30 minit)
  • Pakej 3: RM120 (Merasai keseronokan sukan air dan darat tanpa sempadan)
  • Pakej 4: RM130 (Cabaran aktiviti parasailing)
  • Pakej 5: RM250 (Mempelajari cara berlayar khas untuk kanak-kanak)

Click here to add your own textx