Diskripsi Tarikan

Huang Yan Food Court menempatkan lebih daripada 10 gerai makanan yang menyediakan pelbagai makanan (tidak halal) merangkumi menu sayur, mee sehinggalah kepada daging. Makanan yang paling popular di medan selera ini adalah Bak Kut Teh.
Resipi Bak Kut Teh ini dikatakan dimasak dengan bahan-bahan tradisi yang menghasilkan rasa yang asli. Pelawat boleh menikmati kelazatan Bak Kut Teh dengan harga antara RM3 hingga RM20 mengikut saiz hidangan.
Profil

Lokasi
Huang Yan Food Court terletak di Jalan Taman Berjaya, Pekan Sungai Pelek. Mercu tanda untuk sampai ke medan selera ini adalah bangunan Public Bank yang terletak bersebelahan dengannya.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
- Buat masa kini, Huang Yan Food Court hanya menawarkan aktiviti menikmati makanan sahaja tanpa aktiviti-aktiviti sampingan lain.
Tawaran Pakej
- Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan kulinari (makanan) yang ditawarkan.
Kemudahan

Galeri
⚠ Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.
