Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan organisasi utama dalam penyelidikan dan pembangunan industri sawit Malaysia. MPOB mengalu-alukan kunjungan semua pihak yang ingin memahami berkaitan industri sawit dan melihat sendiri teknologi yang dihasilkan, mengetahui maklumat sebenar pengurusan sawit negara daripada MPOB.

Memandangkan Malaysia adalah merupakan negara pengeluar sawit kedua utama dunia, ianya merupakan peluang keemasan bagi mengukuhkan lagi kefahaman mengenai penerbitan, hasil penyelidikan dan pembangunan industri sawit di MPOB.

Malaysia Palm Oil Board (MPOB) terletak di kawasan Pusat Latihan Kerajaan dan Swasta Bangi yang bersebelahan dengan Akademi Latihan Pertahanan Awam. Dari Kuala Lumpur, akses ke MPOB adalah melalui Lebuhraya Kuala Lumpur– Seremban (E37) dan Exit B13 terus ke Jalan Ayer Itam (B13) ke sebelah barat Kawasan Industri Bangi, Bandar Baru Bangi. Dari Jalan Jalan Ayer Itam (B13)  MPOB diakses terus melalui Persiaran Institusi Bangi.

Tawaran Aktiviti

MPOB lebih memfokuskan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berhubung dengan industri kelapa sawit khusus untuk penyelidik dan golongan special interest. Berikut merupakan aktiviti utama di MPOB:

  • Menjadi pusat sumber dan maklumat (penerbitan dan penyebaran maklumat)
  • Memberi khidmat nasihat dan rundingan melalui lawatan ke kilang dan seminar
  • Melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia

Tawaran Pakej

Selain daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), MPOB menyediakan Galeri Sawit untuk lawatan awam.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.