Diskripsi Tarikan
IOI City Mall merupakan pusat beli belah terbesar di Lembah Klang Selatan dan merupakan tarikan utama pelancongan beli belah di Sepang.
Berkeluasan 1.5 juta kaki persegi, IOI City Mall bukan sahaja dilengkapi dengan outlet fesyen terkenal, panggung wayang dan pasaraya, ia juga mempunyai gelanggang luncur ais yang bersaiz Olimpik dan District 21 yang merupakan pusat sukan lasak.
Profil

Lokasi
IOI City Mall terletak kira-kira 9 km dari Cyberjaya dan Putrajaya. Dari Cyberjaya dan Putrajaya, melalui lebuhraya SKVE (E26) menuju ke Kajang, tarikan berada di sebelah kanan yang mana Hotel Le Meridien sebagai mercu tandanya.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
IOI City Mall menawarkan empat aktiviti utama seperti berikut.
- Membeli-belah
- Sukan lasak dalam gedung (indoor)
- Menikmati makanan tempatan dan barat
- Acara-acara sampingan (fesyen/ hartanah dan lain-lain)
Tawaran Pakej
IOI City Mall belum menawarkan sebarang pakej.
Kemudahan

Galeri
