Kedai Makanan Bak Kut Teh merupakan tarikan pelancongan makanan (non-halal) antara yang terkenal di Dengkil. Walaupun nama restorannya lebih kepada masakan Bak Kut Teh, namun menu istimewanya adalah sup ikan haruan yang dimasak dengan menggunakan bahan-bahan asli daripada resipi Cina.

Ikan haruan hidup dipamerkan dalam bekas khas untuk dipilih oleh pelanggan mengikut saiz yang diingini. Satu set hidangan berharga antara RM15 – RM20 yang sangat berpatutan.

Kedai Makanan Bak Kut Teh terletak di kawasan Kampung Baru dalam Pekan Dengkil. Lebih khusus lagi, ianya terletak di deretan bangunan kedai Kampung Baru, yang mana Balai Polis Dengkil boleh dijadikan mercu tanda untuk sampai ke tarikan.

Tawaran Aktiviti

  • Buat masa kini, Kedai Makanan Bak Kut Teh hanya menawarkan aktiviti menikmati makanan sahaja tanpa aktiviti-aktiviti sampingan lain

Tawaran Pakej

  • Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan kulinari (makanan) yang ditawarkan

⚠ Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.