Diskripsi Tarikan
Pasar Sari Pekan Dengkil merupakan pasar pagi mingguan utama di Dengkil yang beroperasi setiap pagi Ahad di Pekan Dengkil. Berkonsepkan jualan secara langsung bahan-bahan keperluan harian yang popular kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan sayur dan daging segar.
Selain daripada itu, Pasar Sari Pekan Dengkil turut menawarkan pelbagai jualan makanan, buah-buahan, pakaian dan lain-lain lagi menjadikan suasana pagi Pekan hidup dengan keriuhan pasar.
Profil

Lokasi
Pasar Sari Pekan Dengkil terletak di bahagian timur pekan Dengkil berdekatan dengan Jalan Besar Dengkil (B18). Mercu tandanya ialah Pasar Awam Dengkil yang bersebelahan dengan tapak Pasar Sari Pekan Dengkil.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
Pasar Sari Pekan Dengkil buat masa ini hanya mempunyai aktiviti membeli belah barangan keperluan harian sahaja.
Tawaran Pakej
Belum menawarkan pakej-pakej yang berkaitan.
Kemudahan

Galeri
