Mitsui Outlet Park KLIA merupakan salah satu tarikan membeli belah berprestij premium di Malaysia. Menawarkan 170 buah outlet pakaian jenama terkemuka daripada dalam dan luar negara dengan harga mampu milik disamping tawaran potongan harga yang menarik. Dimiliki oleh syarikat Jepun Mitsui Fuduson, Mitsui Outlet Park KLIA dibina bertemakan ‘Paradise Village’ bercirikan kemampanan dengan menggunakan pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi.

Pelbagai kemudahan yang disediakan terutama kepada pengunjung transit seperti kios daftar masuk pelawat dan pengangkutan ulang alik ke KLIA/KLIA2.

Mitsui Outlet Park (MOP) terletak kira-kira kurang dari 5km daripada KLIA dan KLIA2. Dari KLIA, melalui  lebuhraya KLIA Extension (E26) keluar ke jalan Bandar baru Salak Tinggi (32) dan boleh dilihat tarikan berada di sebelah kanan jalan.

Tawaran Aktiviti

Mitsui Outlet Park KLIA menawarkan tiga aktiviti utama seperti berikut:

  • Beli belah
  • Fesyen Road Show (mengikut kalendar)
  • Menikmati makanan tempatan, Jepun dan barat

Tawaran Pakej

Mitsui Outlet Park belum menawarkan sebarang pakej.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.