Diskripsi Tarikan
Taman Warisan Lombong Negara buat masa kini belum dibangunkan sepenuhnya lagi sebagai sebuah produk pelancongan. Mengambil manfaat daripada keunikan dan nilai sejarahnya, Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha merancang untuk menebus guna tinggalan sejarah ini untuk dijadikan sebagai salah satu produk yang ikonik di Sepang pada masa hadapan.
Buat masa kini, pelawat hanya boleh melawat kawasan kapal korek dengan risiko sendiri oleh kerana tiada prasarana dan infrastuktur terutamanya jalan akses ke tarikan daripada jalan utama.
Profil

Lokasi
Taman Warisan Lombong Negara terletak di bahagian barat daerah Sepang kira-kira 14 km dari Cyberjaya dan Putrajaya. Pintu masuk utama adalah melalui Dengkil melalui jalan negeri (B18) Dengkil-Banting. Dari Pekan Dengkil mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan menghala ke Banting untuk sampai ke titik akses terdekat ke tarikan.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
Pelawat boleh membuat lawatan untuk memerhati tinggalan kapal korek dari jauh dengan tanggungan risiko keselamatan sendiri.
Tawaran Pakej
Taman Warisan Lombong Negara belum menawarkan sebarang pakej lawatan.
Kemudahan

Galeri
