Bukit Berot Jenderam Hulu merupakan salah satu tarikan ekopelancongan yang terkenal di Sepang. Berketinggian  276 meter dari aras laut cukup untuk menghidangkan satu pemandangan luas merangkumi kawasan Cyberjaya dan Putrajaya.

Walaubagaimanapun, pelawat perlu mengharungi pendakian yang penuh cabaran untuk menikmati pemandangan tersebut di puncak Bukit Berot. Dengan pelbagai halangan rentis dan cerun, pendaki mampu menamatkan pendakian dalam tempoh masa antara 2-3 jam.

Di sepanjang rentis, pendaki juga berpeluang menghayati keindahan flora dan fauna serta air terjun yang menjadi pelengkap kepada aktiviti pendakian pelawat.

Bukit Berot Jenderam Hulu terletak di bahagian timur daerah Sepang kira-kira 22 km dari KLIA. Pintu masuk utama adalah melalui Bandar Baru Salak Tinggi melalui jalan B48. Dari Bandar Baru Salak Tinggi mengambil masa sekitar 11 minit perjalanan menghala ke Putrajaya untuk sampai ke Kampung Jenderam Hilir. Dari kampung,  kira-kira 5 minit untuk sampai ke pintu masuk ke Bukit Berot

Tawaran Aktiviti

Bukit Berot Jenderam Hulu menawarkan dua aktiviti utama seperti berikut:

  • Rentas hutan (trekking)
  • Explorasi motocross

Tawaran Pakej

Bukit Berot Jenderam Hulu menawarkan pakej-pakej lawatan seperti berikut:

  • Pakej 1: Rentas hutan (trekking)
  • Pakej 2: Explorasi motocross
  • Pakej 3: Rentas hutan dan berkhemah

⚠ Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.