Restoran Bayu Malam merupakan tarikan makanan laut segar yang terkenal Sepang. Pelawat diberi peluang untuk memilih sendiri makanan laut yang dipamerkan untuk dipadankan dengan lebih daripada 30 menu masakan mengikut citarasa pelawat.

Menu ikan bakar bersama sambal cili api beralas daun pisang merupakan menu paling popular yang dihidangkan dengan dekorasi yang menarik sesuai dengan keenakan rasanya. Tambahan daripada itu, pelawat berpeluang menikmati masakan dalam suasana santai dan selesa dengan tiupan angin pantai terus ke dalam restoran membuatkan aktiviti santapan sekeluarga menjadi lebih ceria.

Restoran Bayu Malam terletak bahagian tengah Pantai Bagan Lalang. Daripada pintu masuk Avani Resort, bergerak ke barat sekitar 5 minit untuk sampai ke tarikan.

Tawaran Aktiviti

Tiada aktiviti sampingan yang lain ditawarkan di tarikan selain daripada aktiviti menjamu selera

Tawaran Pakej

Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan yang ditawarkan oleh Restoran Bayu Malam buat masa kini.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.