Diskripsi Tarikan

Restoran Tasik Idaman merupakan antara restoran yang terkenal di Sepang. Keunikan konsep terapung di atas tasik merupakan faktor penarik utama kepada restoran ini.
Makanan siknitur ikan talapia yang dihidangkan dengan pelbagai pilihan menu masakan Melayu dan Thai yang masih mengekalkan keaslian rasa. Tambahan daripada itu, pengalaman menikmati masakan menjadi lebih meriah apabila pelawat dijemput untuk membuat persembahan nyanyian karaoke secara sukarela.
Profil

Lokasi
Restoran Tasik Idaman terletak di Kampung Sungai Buah kira-kira 11 km dari Pekan Dengkil. Dari Dengkil, menuju ke Bangi melalui jalan negeri B18, perjalanan sekitar 15 minit akan tiba di tarikan yang terletak di sebelah kanan jalan,

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
- Tiada aktiviti sampingan yang lain ditawarkan di tarikan selain daripada aktiviti menjamu selera dan persembahan karaoke.
Tawaran Pakej
- Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan yang ditawarkan oleh Restoran Tasik Idaman buat masa kini
Kemudahan

Galeri
