Diskripsi Tarikan
Pasar Malam Dengkil merupakan pasar malam mingguan utama di Dengkil yang beroperasi setiap malam Selasa di Pekan Dengkil. Berkonsepkan jualan secara langsung bahan-bahan keperluan harian yang popular kepada penduduk tempatan terutamanya untuk mendapatkan makanan tempatan seperti kuih muih, nasi ayam dan sebagainya.
Selain daripada itu, Pasar Malam Dengkil turut menawarkan daging dan sayur segar, buah-buahan, pakaian dan lain-lain lagi menjadikan suasana malam pekan Dengkil hidup dengan keriuhan pasar.
Profil

Lokasi
Pasar Malam Dengkil terletak di bahagian timur pekan Dengkil berdekatan dengan Jalan Besar Dengkil (B18). Mercu tandanya ialah Pasar Awam Dengkil yang bersebelahan dengan tapak Pasar Malam Dengkil.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
Pasar Malam Dengkil buat masa ini hanya mempunyai aktiviti membeli belah barangan keperluan harian sahaja
Tawaran Pakej
Belum menawarkan pakej-pakej yang berkaitan
Kemudahan

Galeri
