Diskripsi Tarikan

Restoran ZZ Steam Pot merupakan tarikan pelancongan makanan (non-halal) yang terkenal di Sungai Pelek dengan makanan siknitur Bubur Seafood SteamPot. Bubur Seafood SteamPot ini dimasak dengan menggunakan rebusan air stim makanan laut di dalam satu pot bagi mengekalkan ramuan dan aroma citarasa asli terhadap bubur itu.
Dekorasi restoran bekonsepkan ‘Vintage’ dengan barangan antik yang mengamit memori zaman 70-90an. Satu set hidangan Steampot berharga antara RM68 (2 pax) – RM2,188 (12 pax) yang sangat berpatutan.
Profil

Lokasi
Restoran ZZ Steam Pot terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Pelek. Lokasi boleh diakses melalui melalui Jalan Persekutuan 5. Dari Pekan Sepang, tarikan boleh diakses melalui Jalan Persekutuan 5 ke Tanjung Sepat akan terlihat tarikan di sebelah kanan jalan.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
- Buat masa kini, Restoran ZZ Steam Pot hanya menawarkan aktiviti menikmati makanan sahaja tanpa aktiviti-aktiviti sampingan yang berkaitan
Tawaran Pakej
- Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan kulinari (makanan) yang ditawarkan
Kemudahan

Galeri
