Homestay Banghuris merupakan satu-satunya homestay yang ada di dalam Daerah Sepang. Telah beroperasi hampir 25 tahun dengan menawarkan pelbagai aktiviti tradisi dan gaya hidup masyarakat Jawa yang masih utuh  dan asli dalam persekitaran kampung yang harmoni.

Dengan keaslian tradisi serta semangat usaha warganya, homestay ini telah dianugerahkan antara homestay yang terbaik dalam ASEAN pada tahun 2016 sehingga kini (2019). Justeru itu, tidak hairan bahawa Homestay Banghuris terkenal kepada pelawat-pelawat dari Jepun terutama daripada segmen pelajar sekolah untuk merasai dan mempelajari cara hidup ketimuran yang asli.

Homestay Banghuris terletak kira-kira 7km dari Pekan Sungai Pelek dan 25km dari Cyberjaya. Daripada luar Daerah Sepang, jalan perhubungan utamanya ialah melalui Tg. Sepat (selatan) dan Port Dickson dari Timur dengan menggunakan jalan persekutuan 5 terus ke Pekan Sg. Pelek. Dari Pekan Sg. Pelek, bergerak ke arah barat menggunakan jalan negeri B119 untuk sampai ke Homestay Banghuris

Tawaran Aktiviti

Homestay Banghuris menawarkan berkaitan tradisi masyarakat Melayu Jawa  dan empat aktiviti utama seperti:

  • Aktiviti lawatan agro
  • Aktiviti lawatan IKS
  • Aktiviti kebudayaan
  • Aktiviti sukan rakyat

Tawaran Pakej

Homestay Banghuris juga menawarkan pakej-pakej lawatan seperti berikut:

  • Pakej 1 : Durasi 1 hari mengandungi aktiviti lawatan agro, dan IKS (RM70)
  • Pakej 2: Durasi 2 hari 1 malam mengandungi aktiviti lawatan agro, lawatan IKS (RM180)
  • Pakej 3: Durasi 3 hari 2 malam mengandungi aktiviti lawatan agro, IKS, permainan tradisional dan menanam pokok (RM300)

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.