Gateway@KLIA2 merupakan salah satu tarikan membeli belah yang terkenal dan popular di Lembah Klang. Menampilkan gaya yang tersendiri berkonsepkan membeli belah dalam terminal lapangan terbang dengan menawarkan lebih daripada 200 outlets terdiri daripada fesyen, runcit, perkhidmatan, makanan dan kemudahan membuatkannya menjadi sebuah pusat sehenti membeli belah.

Untuk itu, ianya bukan sahaja popular kepada pelancong transit, namun  turut menjadi tumpuan orang ramai disekitar Lembah Klang berkunjung semata-mata untuk membeli belah dan bukan aktiviti sampingan sebagai pengguna lapangan terbang (penumpang).

Gateway@KLIA2 terletak di dalam atau sebahagian daripada kompleks terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Umum mengetahui KLIA2 berada di bahagian tengah Daerah Sepang kira-kira 20km daripada Putrajaya dan Cyberjaya.

Tawaran Aktiviti

Gateway@KLIA menawarkan dua aktiviti utama  berunsurkan pelancongan seperti berikut

  • Beli belah
  • Acara sampingan (kebudayaan, hartanah, kesenian, dll)

Tawaran Pakej

Gateway@KLIA2 belum menawarkan sebarang pakej berkaitan dengan pelancongan membeli belah

⚠ Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.