Kedai Jus Buah Lim Ah Keong menawarkan pengkhususan dalam menyediakan minuman berasaskan buah buahan yang mempunyai khasiat untuk kesihatan. Resipi jus yang paling digemari oleh pelanggan adalah jus buah avocado yang dikatakan dikisar terus dari buah yang segar tanpa bahan campuran lain.

Selain itu, pelbagai jenis jus disediakan mengikut citarasa pelanggan dengan harga antara RM5 – RM10 per cawan.

Kedai Jus Buah Lim Ah Keong terletak di kawasan Medan Niaga Pekan Dengkil bersebelahan Medan Selera Dengkil. Lokasi boleh diakses melalui jalan utama (Jalan Negeri B15). Kedai Jus Buah Lim Ah Keong terletak di deretan bangunan Medan Niaga Dengkil dengan nombor lot 11A.

Tawaran Aktiviti

  • Buat masa kini, Kedai Jus Buah Lim Ah Keong hanya menawarkan aktiviti menikmati Jus Buah dan Buah-Buahan tanpa aktiviti sampingan lain.

Tawaran Pakej

  • Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan kulinari (makanan) yang ditawarkan.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.