Diskripsi Tarikan
Masjid Raja Haji Fisabilillah merupakan masjid pertama dengan gaya moden berteknologi hijau di Malaysia. Masjid ini direkabentuk dengan menepati kriteria The Green Building Indeks (GBI) pada kategori platinum iaitu kategori tertinggi dalam kelas GBI. Susulan itu, masjid ini telah banyak menerima anugerah yang mana antara satunya ialah The Plan International Award 2016. Moden dan mampan merupakan aset ikonik yang mampu menarik minat pelancong melawat masjid ini. Namun, aktiviti pelancongan seumpama itu belum dibangunkan sepenuhnya buat masa ini. Walaubagaimanapun, pelancong boleh menghayati keindahan dan kemodenan masjid ini disamping mengikuti aktiviti ritual semasanya
Profil

Lokasi
Masjid Raja Haji Fisabilillah terletak lebih kurang 2km ke utara pusat bandar Cyberjaya. Bersebelahan dengan Majlis Perbandaran Sepang dan Taman Tasik Cyberjaya yang boleh diakses melalui jalan tempatan Persiaran Semarak Api. Dari luar Cyberjaya, ianya mudah diakses melalui Lebuhraya Lingkaran Putrajaya (Exit 613B dan Exit Cyber 4).

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
Masjid Raja Haji Fisabilillah menawarkan aktiviti yang terhad kepada keagamaan yang lazim seperti
- Solat berjemaah lima waktu
- Ceramah keagamaan
- Lain-lain aktiviti fardu kifayah (Korban, berkhatan, akidah dll)
Tawaran Pakej
Buat masa ini, Masjid Raja Haji Fisabilillah belum menyediakan pakej-pakej lawatan keagamaan atau yang berkaitan dan seumpamanya.
Kemudahan

Galeri
