Restoran Kah Heong Pao terkenal dengan sajian kuih-muih tradisi Cina. Kuih yang paling popular dikalangan pelanggannya ialah Kuih Pau (Pao) buatan sendiri (home made) dengan resipi asli warisan keluarga yang disediakan dengan pelbagai perisa.

Pelanggan boleh menikmati kelembutan dan keenakan pau dengan harga antara RM1.60 – RM3.70 mengikut pilihan perisa. Selain daripada kuih pau, restoran ini turut menyediakan kuih tradisi lain seperti dim sum yang sering dipesan bersama kuih pau.

Restoran Kah Heong Pao terletak di Pusat Perdagangan Deluxe Pekan Dengkil bersebelahan dengan Jalan Utama. Restoran ini boleh diakses melalui Jalan Deluxe dan bangunan KFC merupakan mercu tanda kepada Restoran Kah Heong Pao.

Tawaran Pakej

  • Buat masa kini, Restoran Kah Heong Pao hanya menawarkan aktiviti menikmati makanan sahaja tanpa aktiviti-aktiviti sampingan yang lain.

Tawaran Aktiviti

  • Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan kulinari (makanan) yang ditawarkan.

Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.