Diskripsi Tarikan
Kedai Makanan Sinki merupakan tarikan pelancongan makanan (non-halal) yang terkenal Dengkil dengan masakan istimewa Ikan Senangin Cili Api. Dengan dekorasi ringkas tipikal restoran cina berserta dengan kemudahan ruang makan berhawa dingin memberi keselesaan kepada pengunjung.
Satu set hidangan ikan Cili Api berharga antara RM30 – RM50 yang sangat berpatutan.
Profil

Lokasi
Kedai Makanan Sinki terletak di kawasan Pekan Dengkil bersebelahan dengan jalan utama (Jalan Negeri B18) dan berhampiran dengan simpang tiga Kampung Baru, Dengkil. Kedai Makanan Sinki terletak di deretan bangunan kedai Kampung Baru, Dengkil yang mana Balai Polis Dengkil sebagai mercu tanda yang terletak disebelahnya

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
- Buat masa kini, Restoran Sinki hanya menawarkan aktiviti menikmati makanan sahaja tanpa aktiviti-aktiviti sampingan yang berkaitan
Tawaran Pakej
- Tiada pakej berkaitan aktiviti pelancongan kulinari (makanan) yang ditawarkan
Kemudahan

Galeri
