Diskripsi Tarikan
De Centrum Mall adalah pusat kejiranan mesra yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Dengan lebih daripada 100 kedai serta 20 restoran dan kafe, pengunjung boleh menemui pelbagai barangan yang diinginkan daripada fesyen, runcit, hinggalah kepada kepelbagaian pilihan makanan tempatan dan barat.
Selain itu, De Centrum Mall turut menyediakan pusat kecergasan untuk memenuhi cara hidup kejiranan dalam bandar.
Profil

Lokasi
De Centrum Mall terletak berdekatan dengan Kajang. Pintu masuk utama ke tarikan adalah melalui SKVE (E26) yang mana akses paling mudah adalah melalui exit tol Kajang. Dari Plaza Tol Kajang, menghala ke Putrajaya sekitar 5 minit akan tiba di tarikan yang terletak di sebelah kiri jalan.

Aktiviti
Tawaran Aktiviti
De Centrum Mall menawarkan tiga aktiviti utama seperti berikut.
- Beli belah
- Menikmati makanan
- Aktiviti kecergasan (gym) dan sukan (snooker)
Tawaran Pakej
De Centrum Mall belum menawarkan sebarang pakej.
Kemudahan

Galeri
